Kiriman pada: Mon, Feb 13th, 2017

Biarlah Pembangkang Yang Mampus

Kongsi maklumat ini
Tags

Membaca tulisan seorang bekas menteri yang pernah menjaga media malah dia sendiri adalah bekas seorang wartawan yang dikenali, rasa seronok juga bila mula mengenali penulisan beliau setelah tidak lagi bersama dengan kerajaan malah tidak lagi bersama parti yang suatu dahulu menjadi punca kepada rezeki yang dia hadap dahulu.

Berbeza dengan membaca tulisannya diketika bersama kerajaan dahulu, diketika menjadi pengampu kerajaan dibawah kepimpinan Mahathir Mohamad, malah diketika itu tidak ada cacat celanya kerajaan sahingga beliau diangkat menjadi Menteri yang menjaga media harus perdana mungkin kerana beliau memiliki kemahiran didalam bidang itu.

Tetapi sejak kebelakangan ini tulisan beliau lebih menjurus kepada penulisan yang mahu menjahanam dan meruntuhkan kerajaan yang pernah dia bernaung dan yang pernah memberi dia peluang untuk merasai sendiri bagai mana seronoknya menjadi menteri yang tidak perlu bersusah payah menonjolkan diri dan bersusah payah menghampiri kehidupan masyarakat.

Dari coretannya yang memaklumkan bahawa begitu ramai orang yang bertanya kepada beliau apa akan jadi dengan negara ini, seolah beliau mahu mengambarkan kepada pembaca bahawa kepimpinan Dato’ Seri Najib kini sedang benar-benar dilanda masalah, malah turut mempromosikan sebuah parti baru yang kemungkinan dia adalah ahlinya, waulah hu alam.

Malah beliau mengambarkan bahawa setiap hari ada sahaja pertanyaan dari mereka yang mengenali dirinya bahawa negara ini sedang melalui saat keruntuhan malah lebih tepat negara ini sedang runtuh.

Biasa lah orang sudah biasa menjadi wartawan yang kononnya hebat, maka beliau beranggapan kesemua tulisannya mengenai negara ini akan diterima bulat bulat tanpa ada persoalan oleh rakyat yang melihat dengan mata dan merasai denyut kemajuan yang sedang ditempohi oleh negara Malaysia ini.

Jika benar rakyat merasakan bahawa negara sedang melalui keruntuhan, keruntuhan dari segi apa sebenarnya yang mahu mereka kata? keruntuhan moral? keruntuhan bangunan pencakar langit atau keruntuhan jambatan silatulrahim antara sesama sebangsa dan agama.

Jika disebut keruntuhan moral, rakyat negara sudah lama melalui zaman kejahilan sahinga ke zaman di masa ini yang dikembangkan dengan penuh kesedaran dan ilmu tauhid yang tinggi, rakyat tidak lagi berkemban untuk ke tandas dengan melintas dari sebuah rumah ke rumah yang lain sambil diperhatikan oleh mata-mata nakal dari celah tingkap bilik banglo yang dimiliki oleh orang ada-ada masa itu.

Malah untuk mencari rumah pelacuran yang dimiliki oleh orang Melayu juga sudah tidak ada lagi, kesemua rumah pelacuran, ‘night club’, atau rumah urut kini hanya di miliki oleh bangsa yang bukan Melayu atau beragama Islam.

Untuk diselamatkan dari keruntuhan bangunan tinggi, juga tidak mungkin kerana garisan duduk muka bumi Malaysia ini insyaAllah tidak dilalui oleh laluan gempa, jika berlaku pun mungkin kesan dari gegeran tanah seberang, malahan kemungkinan runtuh dari kerja-kerja kumpulan penganas juga, insyaAllah tidak kerana kita memiliki pasukan penjaga keselamatan yang benar-benar efisyen.

Tetapi jika disebut dari segi keruntuhan jambatan silatulrahim, ada kemungkinan ianya benar, dengan menyebarkan maklumat yang tidak benar maka ianya adalah salah satu tindakan yang boleh memecah belahkan silatulrahim orang Melayu terutamanya Melayu di dalam UMNO.

Beliau seharusnya menolak idolanya Mahathir Mohamad yang kini kerjanya hanya mahu memecah belahkan keharmonian orang Melayu, menjadi satu kerisauan kepada bekas bossnya apabila Melayu hari ini kian kuat kesatuannya, kian kuat hubungan dan keyakinannya kepada kepimpinan yang mereka sendiri telah memilihnya.

Malah Mahathir sendiri pernah suatu ketika dahulu berusaha untuk menyatukan bangsa Melayu dengan pelbagai cara dan pelbagai seruan, tetapi kini setelah melihat kesatuan yang semakin jitu datang pula kerisaunya kerana kesatuan itu kini semakin sukar mahu di rungkaikan, mengapa mahu di rungkaikan? kerana boss nya kini sudah pun mejelapakkan diri untuk menjadi hamba kepada parti yang pernah beliau musuhi hampir berabad lamanya.

Punca?, hanya kerana Dato Seri Najib tidak mahu mengikut telunjuk akan jari bekas orang yang pernah menghuru harakan kepimpian Tun Abdullah Badawi, Dato’ Seri Najib tidak mahu pisang berbuah dua kali, oleh kerana ini maka kesatuan orang Melayu dan rakyat Malaysia mesti di huru-harakan.

Maka timbulah ayat-ayat seperti yang ditulis oleh bekas wartawan dan menteri ini, kononya negara ini sedang runtuh.

Kita biasa membaca akan penulisan wartwan yang kononnya mengetahui segala apa yang berlaku didalam dunia ini, tetapi kita sedar kebanyakknya adalah datang dari persepsi pemikiran mereka sendiri berasaskan pengalaman yang lalu dan mengambil kira bawa kesemua pengalaman itu adalah serupa.

Jika dibandingkan diketika era kebangkitan reformasi yang di anjurkan oleh Anwar Ibrahim yang mendesak agar Mahathir meletakkan jawatan adalah lebih kritikal dari desakkan yang mahu Najib berundur, sentimen memperlekeh Mahathir lebih kritikal dari sentimen mendesak Najib, jika diukur kekuatan desakan dengan isu maka isu yang dibangkitkan di era reformasi lebih memberi kesan kepada rakyat apa lagi kepada pembangkang.

Apa sahaja yang dibangkitkan oleh pembangkang dan rakyat yang masih totok pembangkang ianya sudah pasti akan bercerminkan Mahathir, malah di hari ini PAS sudah mula menjernihkan perhubungan dengan pemimpin UMNO kerana Mahathir sudah menjadi pembangkang, dan mereka menentang parti lain dalam pembangkang bukan kerana prinsip berparti tetapi kerana mereka masih membenci Mahathir.

Untuk melihatkan kononnya bahawa rakyat hari ini telah diperdaya oleh jentera kerajaan dibawah kepimpinan Dato’ Seri Najib, bekas wartawan ini telah memohon jasa baik kepada beberapa agensi agar memaklumkan kepada rakyat perkara sebenar, tetapi tidaklah kita ketahui perkara sebenar yang seperti mana yang dikatakan benar itu.

Soal media yang kononnya dikawal oleh kerajaan sedangkan beliau sendiri pernah menjaga jentera media elektronik dan cetakkan ini sudah pasti terlupa, suatu ketika dahulu bagaimana beliau melindungi cercaan yang dibuat oleh kumpulan reformasi terhadap Mahathir bekas bossnya dahulu.

Malah disetiap sudut kesemua cemuhan kepada Mahathir dibalas dengan memburukkan kunmpulan reformasi dan pembangkang, malahan disuatu ketika pernah pihak pembangkang memohon untuk membenarkan mereka mengunakan saluran tv untuk memberi segala penjelasan dan hala tuju perjuangan parti mereka, adakah bekas menteri ini melayani permintaan itu?.

Tetapi hari ini setiap perkataan yang membela Najib dikatakan cuba untuk melemahkan dan memburukkan pihak Mahathir, beliau juga menulis bahawa semakin kuat TV dan akhbar-akhbar UMNO memburukkan Mahathir maka semakin kuat bencinya rakyat kepada kerajaan, beliau lupakah perkara yang sama ini pernah berlaku terhadap Anwar Ibrahim tetapi dimana Mahathir ketika itu.

Jadi jelaslah bahawa kekuatan Mahathir bukan kerana peti TV atau akhbar UMNO tetapi kerana orang Melayu UMNO, hari ini adakah orang UMNO akan memberi sokongan kepada Mahathir yang telah bertukar kiblat kepada DAP yang di tentang oleh UMNO sejak sekian lama, ingat bekas menteri.. hampir sekian lama UMNO berperang dengan DAP sahingga berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Ya, orang FELDA tidak ingat akan kisah skandal BMF yang dikatakan oleh bekas wartawan ini sebagai sudah telalu lama, tetapi orang FELDA masih ingat siapa yang membuka FELDA untuk mereka dan generasi mereka seterusnya untuk menjadi peneroka sahingga mampu keluar dari kepompong kemiskinan malahan ada yang telah menjadi jutawan.

Soal menakutkan rakyat dengan harga mahal dan tergadainya negara kepada negara China itu adalah tektik pembangkang yang sudah biasa dilalui oleh kesemua bekas Perdana Menteri sahingga di warisi oleh Dato’ Seri Najib, bekas wartawan ini seharusnya memaklumkan kepada rakan bertanya sejak bila harga di negara ini pernah menjadi murah oleh penilaian rakyat?.

Malah dizaman Mahathir yang dikatakan rakyat mewah pun tidak sunyi kedengaran bahawa kenaikkan barang dan harga yang mahal serta peningkatan kos sara hidup yang tinggi, diketika Mahathir menganjurkan negara untuk memandang ke Timur untuk dijadikan pedoman dan mengimpot banyaknya kilang dan pelabur dari Jepun dan Taiwan tidak terdengarkan mereka mengatakan bahawa negara kembali dijajah oleh Jepun, tetapi soalannya terjajahkah kita dengan Jepun buat kedua kalinya?.

Jadi soal penjajahan dan kerajaan sedang menjual negara kepada China hanya satu permainan yang diulang tayang oleh pembangkang sejak zaman ‘British’ kemudiannya pandang ke Timur dengan lambakan kemasukkan barangan buatan Jepun, dan hari ini kita masih kekal sebagai Malaysia yang berdaulat, walaupun melambak sampah sarap barangan buatan China yang dibawa masuk pada era pentadbiran Mahathir.

Soal Batu Putih bukan soal Najib, tetapi dbangkitkan kembali setelah Mahathir mengatakan bahawa negara tidak mampu untuk berdepan dengan Singapura pada ketika kita kalah didalam tuntutan tersebut ia berlaku di era kepimpinan Tun Abdullah, kini dengan keyakinan Dato’ Seri Najib membangkitkan kembali sebagai kesinambungan kebangkitan rakyat Malaysia dalam tuntutan hak ke atas Batu Putih bukan kerana mahu menutup atau mengalihkan apa-apa isu.

Ya, rakyat lebih percayakan khabar angin dari menerima cerita kebenaran, tetapi masih ramai lagi rakyat yang percaya kepada kebenaran jika tidak masakan Mahathir kekal menjadi pemimpin selama 22 tahun, adakah anak beranaknya sahaja yang menyokongnya? Mahathir telah disokong oleh orang UMNO yang telah meyakinkan rakyat bahawa UMNO dan negara kini berada dilandasan yang benar.

Bila sudah jadi pembangkang maka cara pemikiran pun sudah beralih cara pembangkang, segala yang baik dari kerajaan kesemuanya telah menjadi taik dan busuk.

InsyaAllah UMNO tidak akan MAMPUS, kerana janji Allah itu pasti, Allah akan bersama dengan mereka yang mempertahankan Agama Nya, Bangsa Melayu, dan Negara Malaysia, maka UMNO lah pilihan rakyat dari Dulu, Kini dan Selamanya Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.