Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

BIJAK TAPIS MAKLUMAT DI MEDIA SOSIAL SEBELUM TERIMA ATAU SEBAR

Kongsi maklumat ini
Tags

SB06_291215_FUTSALTelupid – Masyarakat perlu bijak menapis maklumat di media sosial dengan merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai sebelum menerima atau dipanjangkan kepada pihak lain, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata perkembangan teknologi dan komunikasi maklumat menyebabkan masyarakat terdedah kepada pelbagai maklumat yang disalur tanpa tapisan serta tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Sehubungan itu, katanya, ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menyebarkan maklumat tidak betul menerusi media sosial.

“Masyarakat perlu bijak melakukan tapisan antaranya merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai sebelum mempercayainya atau membuat sebarang rumusan,” katanya beliau selepas merasmikan Gelanggang Futsal 1Malaysia Kampung Buis.

Beliau senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang meminta pembaca lebih berhati-hati serta bijak memilih setiap maklumat di media sosial.

Dalam catatan di blog beliau, sskeruak.blogspot.com pada Ahad lepas, Salleh berkata pembaca juga harus melakukan ‘tapisan sendiri’.

Menurutnya pembaca juga kena lebih berhati-hati, jangan sekadar melihat kepada tajuk atau ‘news headline’ saja kerana isi cerita kadangkala tidak sama dengan tajuknya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.