Kiriman pada: Wed, Jan 27th, 2016

Bila Netizen Mahu Jadi Pakar Selidik Cerita Dana Dari Israel Pula?

Kongsi maklumat ini
Tags

Berbagai ragam penuh teori boleh dilihat pada setiap Share di Facebook berhubung isu derma 2.6 bilion itu. Tak sudah-sudah angka itu sahaja yang disebut-sebut bagi mendapatkan Hits yang tinggi sahaja.

Dengan itu bermula lah kajian ekonomi terhadap mata wang negara arab bagi menambah rencah dalam teori mereka. Kadar mata wang pada ketika itu dibandingkan dengan kadar semasa pada hari ini dikaji sebagai formula untuk mereka bincangkan dalam kancah media sosial.

Setidak-tidaknya ia sudah disiasat dan terbukti sumbangan dari negara Arab. Nak tahu juga apa komen netizen cerita dana dari Israel pula? Barangkali ada pula yang ‘menyepi’ apabila persoalan itu dibangkit. Hanya persoalan sahaja dibangkit, beranikah untuk puak sebelah sana mendedahkan dari mana pula sumber dana mereka?

Apa salahnya jika netizen menjadi pakar ekonomi Asia Barat pula. Bosan juga asyik hanya tumpu kepada negara Arab sahaja. Sudah terlalu banyak publisiti diberi kepada negara Timur Tengah, boleh juga fokus untuk cari kemanakah duit pembiayaan dana Israel disalurkan.

Mana lah tahu jika ada juga serpihan dana Israel boleh pergi kepada parti politik di Asia Tenggara ini? Sebelum ini juga banyak laporan berkaitan dana dari Israel kepada sebuah parti politik yang sangat lantang memainkan isu dana berbilion itu.

Bagaimana mereka boleh menggerakkan jentera parti jika tanpa dana? Cuma nak tahu sahaja dari mana dating dana itu. Barangkali mereka ini lebih seronok hendak bertanya daripada mahu menjawab.

Jika netizen boleh kata mereka tak cukup bukti untuk mengorek cerita dana Israel itu, bagaimana mereka boleh begitu gigih buat ulasan pasal derma dari Arab? Fikirkan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.