Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

Bila Pemuda India Lebih Memahami Tujuan Mempertahankan Bahasa Melayu

Kongsi maklumat ini
Tags

yj2Di India, bahasa kebangsaan mereka adalah Hindi.

Tamil Nadu adalah satu negeri di dalam negara India dan penduduk majoriti di sini adalah berbangsa Tamil. Bahasa ibunda dan bahasa yang disanjung mereka adalah bahasa Tamil.

Namun, Hindi tidak diperlekehkan dan adalah satu mata pelajaran wajib di peringkat sekolah.

Bahasa Melayu (BM) merupakan bahasa kebangsan negara kita iaitu Malaysia.

Namun, golongan yang naik berang apabila dasar sekolah 1 aliran ingin dilaksanakan, mengadu apabila bahasa Malaysia diberi keutamaan.

Menurut golongan ini, BM dah ‘outdated’ dan usaha belajar BM adalah satu usaha yang membazirkan masa dan sia-sia.

Look. Tiada siapa yang ‘stop’ you daripada mahir dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin.

Yang buat orang bengang pada golongan ini adalah cara mereka memperlekehkan Bahasa Melayu.

Golongan ini harus faham bahasa kebangsaan bukan dipelajari untuk masuk Harvard. Bahasa kebangsaan mencerminkan identiti kita sebagai rakyat bumi ini. Fungsi bahasa kebangsaan adalah mirip fungsi bendera, jata dan Perlembagaan negara ni. Simbol dan identiti negara Malaysia.

Ingat semua di Tamil Nadu belajar Hindi sebab nak jadi Shah Rukh Khan ke?

Belajar sebab sayangkan India.

 

yj

Di sini pula, suruh belajar BM, kata tak mau. Suruh balik negara asal, mereka tuduh kita Hitler. Nak duduk Malaysia, nikmati kemakmuran ehsan hasil bumi tapi kau segan dan malu untuk sekadar memahami bahasa kebangsaan bumi? Very nice lah your logic.

Sepatutnya kalau buku-buku ilmiah dalam BM agak terhad dan membantut pencarian ilmu, kita yang sepatutnya terjemahkan buku ilmiah daripada bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Bukan guna perkara ini sebagai alasan untuk ‘gugurkan’ sesuatu identiti yang sudah sebati dengan Malaysia.

Status Bahasa Melayu dalam Perlembagaan, Parlimen dan semua institusi serta urusan rasmi yang lain tidak harus diubah.

Tiada kompromi. Sepatutnya, soal sebegini tak harus timbul pun!

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.