Kiriman pada: Thu, Nov 26th, 2015

Bilangan mangsa banjir di Limbang meningkat

Kongsi maklumat ini
Tags

26medamit.transformedMIRI: Mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Dewan Masyarakat Medamit, Limbang terus meningkat dengan 303 orang daripada 105 keluarga ditempatkan di dewan berkenaan pagi ini. Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Limbang, Subuh Posa, berkata semua mangsa banjir berasal dari Kampung Hujung Medamit. “Bilangan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Trusan, Lawas pula meningkat kepada 58 orang daripada 16 keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, mangsa banjir berkenaan berasal dari Kampung Gelapas, Kampung Seberang Kedai, Kampung Masjid, Kampung Tengah dan Kampung Balai. Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi lain telah menyalurkan pelbagai bantuan termasuk makanan dan minuman.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.