Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

Bilangan Penyelidik Meningkat Selepas Kerajaan Ambil Tindakan Drastik

Kongsi maklumat ini
Tags

2015-7-22Datuk Dr Mah Hang Soon. - Pic by Wong Tuck Keong.Ipoh – Bilangan penyelidik yang terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan di negara ini semakin meningkat selepas kerajaan mengambil tindakan drastik dengan menggandakan peruntukan untuk pendidikan dan pembangunan latihan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kerajaan Malaysia membuat pelaburan yang besar dalam penyelidikan dan pembangunan dan kini ia menunjukkan kemajuan positif.

Beliau berkata bilangan penyelidik dilihat meningkat daripada 23,262 orang kepada 27,500 orang dalam tempoh lima tahun lepas.

“Di peringkat kerajaan negeri, peningkatan keupayaan insan dan pembangunan ekonomi juga sedang diambil serius dan menjadi objektif strategik dalam pelan strategik negeri ini.

“Simposium yang diadakan ini menjadi salah satu pengukur untuk menyokong perancangan strategi ini,” katanya dalam majlis makan malam Simposium Kimia Analisis Malaysia (SKAM) ke-28malam tadi.

Menurut Datuk Mah, simposium ini merupakan forum penting bagi perbincangan mengenai perkembangan baharu dalam analisis kimia.

“Dengan memilih Perak sebagai tuan rumah sekali gus akan memperkenalkan Perak sebagai negeri yang merangkumi sains dan teknologi,” katanya.

Simposium kali ini dianjurkan Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Analisis Sains Malaysia (ANALIS).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.