Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Bimbang Media Sosial Undang Lebih Mudarat Dari Manfaat Pada Masa Depan

Kongsi maklumat ini
Tags

dghjdgyKota Belud – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bimbang penggunaan media sosial ketika ini mengundang lebih banyak mudarat daripada manfaat pada masa hadapan.

Abdul Rahman berkata terlalu banyak maklumat diragui kesahihannya termasuk mengandungi unsur-unsur fitnah, hasutan dan tuduhan disebarkan menerusi media sosial termasuk Facebook sehingga mengundang pelbagai gejala buruk.

Mengambil contoh kejadian di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur baru-baru ini, Abdul Rahman berkata perbalahan sepatutnya antara peniaga dan pembeli telefon bimbit, tetapi telah bertukar menjadi pergaduhan besar hanya disebabkan perspektif tidak tepat mengenai hal sebenar berlaku termasuk menyentuh unsur perkauman disebarkan menerusi media sosial.

“Apabila tidak mengawal emosi dan hanya melihat ini (media sosial) sebagai landasan melanjutkan perkara seperti fitnah dan tuduhan, saya khuatir pada satu ketika nanti keadaan akan bertambah teruk.

“Kita terpaksa memikirkan atau mencari jalan bagaimana mengawal (media sosial) ini kerana dibimbangi keburukan jauh lebih banyak berbanding kebaikan,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan zakat di Masjid Pekan Kota Belud semalam.

Abdul Rahman bagaimanapun berkata kerajaan tidak mahu dan tidak berhajat untuk mengawal mahupun menyekat penggunaan media sosial memandangkan ia adalah saluran alternatif bagi menyalurkan maklumat sahih.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.