Kiriman pada: Fri, Mar 6th, 2015

BiotechCorp Dapat Anugerah Perniagaan Pasaran Bio Dunia

Kongsi maklumat ini
Tags

BiotechCorpKuala Lumpur – Malaysian Biotechnology Corp (BiotechCorp), agensi pembangunan dan penggerak utama industri berasaskan bio- di Malaysia, telah memenangi Anugerah Perniagaan Pasaran Bio Dunia (WBM) – Juaran Industri WBM di Amsterdam, Belanda pada 2 Mac lepas.

BiotechCorp berkata anugerah itu menunjukkan pengiktirafan ke atas sesebuah syarikat yang mempunyai kecemerlangan yang ditunjukkan dalam pertumbuhan biofuel atau bio berasaskan- industri kimia.

Agensi itu disenarai pendek bersama-sama dengan Aquahol Injection Inc (Kanada) dan Riverdia (AS).

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin, anugerah itu mengesahkan bahawa bioteknologi menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi serta ransangan bagi ekonomi berasaskan pengetahuan di Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.