Kiriman pada: Sun, Dec 18th, 2016

BN Kedah Tidak Gentar Dengan PPBM

Kongsi maklumat ini
Tags

Alor Star – Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sedang mencari pengaruh dan menarik sokongan rakyat negeri ini untuk menyertai parti itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata rakyat kini sudah pandai menilai dan boleh melihat sejauh mana kemampuan pihak pembangkang untuk melakukan sesuatu bagi mereka.

“PPBM sendiri tidak boleh menarik PAS atau DAP, jadi mereka akan cuba mencuri ahli UMNO yang kecewa yang sebelum ini pernah kalah sebagai calon sama ada di peringkat cawangan atau negeri,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan kebajikan MBAS di Taman Wira Mergong di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan BN Kedah sudah membuat persiapan awal dengan bertemu rakyat hingga ke peringkat akar umbi termasuk pengundi di kawasan masing-masing.

“Dalam masa yang sama, saya akan pastikan BN negeri terus memperkemaskan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Pada majlis yang sama, Ahmad Bashah menerima 20 borang menyertai UMNO daripada anggota PAS Taman Uda di sini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.