Kiriman pada: Sun, Dec 25th, 2016

BN Kelantan Sasar 30 Kerusi DUN Pada PRU-14

Kongsi maklumat ini
Tags

Jeli – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kelantan menyasarkan menang 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sasaran itu antara tindakan UMNO dan BN Kelantan yang sedang diambil dan bergerak ke arah Gelombang Merah hingga PRU akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata parti itu melihat ada peluang untuk memenangi 30 kerusi DUN di negeri ini. Katanya, tiga kawasan Parlimen berpotensi turut dikenal pasti iaitu Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan akan diberi tumpuan khusus.

“Ketika ini BN mempunyai 12 kerusi DUN dan kita meletakkan sasaran untuk memenangi 30 kerusi DUN pada PRU-14 manakala kerusi Parlimen Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai, kita akan beri tumpuan khusus juga untuk memenanginya semula.

“Untuk kawasan Parlimen yang dikuasai BN seperti Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Ketereh, kita akan terus pertahan dan pertingkatkan lagi kekuatannya”.

Mustapa turut meninjau dan mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kedai Kuala Balah dan Kubur Datu dalam DUN Kuala Balah serta menemui penduduk setempat.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pemimpin UMNO dan BN akan terus berusaha untuk membawa kemajuan kepada rakyat sekalipun kawasan itu dikuasai pembangkang.

“Rakyat sedar kemampuan kerajaan negeri terhad dalam membawa kemajuan dan pembangunan di negeri ini.

“Oleh itu rakyat di Jeli juga diharap tidak tersilap memilih wakil rakyat dan saya (Ahli Parlimen BN) Jeli akan pastikan parlimen ini terus maju.

“Yang jelas Jeli sekarang sudah banyak berubah dan pelbagai kemudahan infrastruktur dan pembangunan sudah saya bawa ke sini sejak 1995,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.