Kiriman pada: Fri, Jan 22nd, 2016

BNM KADAR SASAR SEMALAMAN OPR PADA 3.25%

Kongsi maklumat ini
Tags

ktydykKuala Lumpur – Bank Negara Malaysia pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus.

Menerusi kenyataannya bank pusat memaklumkan meskipun ekonomi global terus berkembang, pemulihan dalam ekonomi maju tidak sekukuh jangkaan awal dan pertumbuhan ekonomi sedang pesat membangun pula menjadi perlahan.

Keadaan turun naik dan ketidakpastian pasaran kewangan pada masa ini juga menambah risiko pertumbuhan global yang lebih perlahan.

Bagi Malaysia, pertumbuhan terus didorong oleh permintaan domestik meskipun penggunaan swasta menjadi sederhana berikutan isi rumah membuat penyesuaian terhadap kos sara hidup yang meningkat.

Dalam kenyataan berasingan, bank negara mengumumkan berkuat kuasa 1 Februari ini nisbah keperluan rizab berkanun (SRR) diturunkan daripada empat peratus kepada 3.5 peratus.

Ia bagi mengimbangi kesan aliran keluar bersih tunai dari sistem kewangan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.