Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

BNM Tidak Ambil Kira Nilai Saksama Pelaburan Dalam Penilaian

Kongsi maklumat ini
Tags

ismee.transformedPetaling jaya – Menurut Lembaga Tabung Haji (LTH), penilaian Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyatakan bahawa liabiliti dana jemaah haji melebihi aset mereka adalah tidak mengambil kira portfolio akaun pelaburan LTH, termasuk saham dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu, hartanah dan lain-lain.

“Merujuk kepada surat yang dikeluarkan BNM menyatakan bahawa nilai aset LTH adalah kurang dari nilai liabiliti. Bagi mengukuhkan kedudukan, BNM memberikan cadangan supaya LTH mengkaji semula polisi rizab. LTH memberikan perhatian terhadap saranan BNM itu bagi tujuan penambah baikan yang berterusan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ismee Ismail, Ketua Pegawai eksekutif LTH hari ini.

Beliau turut menjelaskan mengenai kedudukan dana kewangan dan berkata, “Bagi kewangan sepanjang tahun 2014 dan 2015, jumlah nilai aset LTH adalah melebihi liabilitinya, dengan mengambil kira nilai portfolio pelaburan saksama LTH secara keseluruhan.”

Ismee turut memberi jaminan kepada para pendepositnya bahawa kedudukan kewangan LTH masih berada di dalam ‘kedudukan yang baik’ berdasarkan dua perkara.

Pertamanya, ianya di dukung oleh aset yang kukuh dengan nilai tunai yang tinggi, iaitu berjumlah RM10.7 bilion sehingga 31 Disember tahun lalu.

Kedua, kesemua pendeposit LTH dilindungi insurans persekutuan di bawah Akta Tabung Haji 1995.

Menurutnya lagi, “Sejak di tubuhkan, LTH tidak pernah menyimpang dari matlamat asalnya, iaitu untuk membantu masyarakat tempatan beragama Islam untuk menunaikan haji di dalam memenuhi rukun Islam kelima.”

Ketika ditanya mengenai bilakah pengumuman mengenai nilai bonus terkini akan di buat, Ketua Pegawai Eksekutif itu menjelaskan bahawa LTH kebiasaannya membuat pengisytiharan tersebut pada suku pertama selepas penutupan kewangan tahun sebelum, dan pengumuman itu mungkin akan dilakukan pada Febuari 2016.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan bahawa paras rizab LTH berada di paras negatif, dan mendakwa dana jemaah haji sedia ada tidak mampu untuk menampung bayaran kepada para pendeposit, kecuali melalui pembubaran aset, tidak lama lagi.

Dakwaan itu timbul berdasarkan surat yang tidak disahkan isi kandungannya, yang dikeluarkan oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz kepada Pengerusi LTH, Abdul Azeez Abdul Rahim, bulan lepas.

Surat berasingan yang juga tidak di sahkan isi kandungannya di laporkan menyebut bahawa bank pusat memberikan amaran kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bharom mengenai kesan yang bakal dihadapi akibat dari dana kewangan yang buruk.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.