Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

Bom Di Jakarta – Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Kongsi maklumat ini
Tags

image (5)Putrajaya – Tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam kejadian letupan bom di Jakarta hari ini, menurut Wisma Putra.

“Kedutaan Malaysia di Jakarta sedang memantau dengan teliti keadaan,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu, Wisma Putra menasihatkan warga Malaysia yang menetap dan melakukan perjalanan ke Jakarta supaya lebih berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa republik itu.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera dalam beberapa letupan yang berlaku di sekitar sebuah pusat membeli-belah di Jakarta.

“Kerajaan Malaysia ingin melahirkan simpati dan takziah yang mendalam kepada Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia atas insiden tragik ini,” kata Wisma Putra.

Kedutaan Malaysia di Jakarta boleh dihubungi menerusi nombor telefon 0062 21 5224 947.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.