Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Bosan Dengan Soalan Kahwin

Kongsi maklumat ini
Tags

5-Maya-Karin-Jangan-Asyik-Tanya-Soal-Kahwin-ROTIKAYASetelah bercerai pada Julai 2010 yang lalu, soalan mengenai masa depan dalam rumahtangga bagaikan perkara wajib yang perlu ditanya. Namun bagi Maya Karin, dia memahami perkara sebegitu sudah sebati dengan masyarakat di sini.
“Saya faham masyarakat kita memang begitu. Apabila tak berkahwin, orang akan bertanya bila lagi. Kalau tak sudah berkahwin pun mereka tetap akan bertanya bila pula nak mempunyai anak. Mereka susah hati agaknya bila tengok saya solo dalam tempoh masa yang panjang”

“Mungkin mereka kasihan melihat saya sendirian tetapi percayalah ada kala pertanyaan itu tetap mengguris hati. Selalunya saya tetap akan menjawab persoalan yang mereka ajukan. Tapi percayalah semua orang ada kehidupan masing-masing. Jangan ‘narrow minded’ sangat kan lebih baik,” katanya.

Malah pelakon ini juga pernah disindir oleh sesetengah pihak dengan bertanyakan tidak mahukah dia mempunyai anak sama seperti wanita lain. Mengakui terasa hati dengan perkara tersebut, namun akhirnya perasaan itu berlalu pergi.
“Saya sendiri pernah disindir beberapa kali. Memang terasa tetapi saya biarkan sahaja perkara itu berlalu. Kata mereka tak teringinkah mempunyai anak segera seperti wanita lain. Nilai seseorang bukan diukur daripada jumlah anak dan perkahwinan semata-mata. Jangan sempitkan perkara itu!” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.