Kiriman pada: Sun, Jan 29th, 2017

Bot Bawa 28 Pelancung China Hilang Di Sabah

Kongsi maklumat ini
Tags

Kota Kinabalu – Sebuah bot pelancong jenis catamaran yang membawa 28 warga China dilaporkan hilang di kawasan perairan Pulau Mengalum sejak pagi semalam.

Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kesemua mangsa yang ditemani dua kru dan seorang tekong bot berlepas dari Tanjung Aru kira-kira pukul 9 pagi semalam untuk bercuti di pulau berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan di kawasan seluas 140 kilometer persegi. Cuaca amat teruk ketika ini.

“Pihak berkuasa iaitu Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menggerakkan aset-aset untuk operasi SAR,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.