Kiriman pada: Sun, Jan 29th, 2017

Bot Hilang: 25 Selamat, 6 Masih Hilang

Kongsi maklumat ini
Tags

Sandakan – Seramai 25 orang terselamat, enam lagi masih hilang selepas bot jenis katamaran membawa pelancong China ke Pulau Mengalum, kira-kira 30 batu nautika dari sini, karam di tengah perairan Kota Kinabalu, pagi semalam.

Bot membawa 31 orang iaitu 28 pelancong China selain tekong serta dua kru warga tempatan, dipercayai pecah selepas dipukul ombak kuat ketika cuaca buruk sebelum karam.

Tekong bot dikenali sebagai Reco, 20-an, serta tekong, Amman Abdul, 40, ditemui terapung di perairan antara Pulau Tiga dan Pulau Samarang, di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

Seramai 23 lagi mangsa dijumpai di perairan berhampiran Semarang di lokasi berasingan, iaitu lima ditemui oleh sebuah bot tunda dan masing-masing lapan serta 10 mangsa ditemui berasingan oleh dua bot nelayan.

Semua mangsa dibawa pulang oleh agensi penyelamat ke Kota Kinabalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pasukan pencari terdiri daripada pelbagai agensi penyelamat dan keselamatan mempergiatkan gerakan mengesan enam lagi mangsa yang hilang.

“Ini termasuk menggunakan pesawat EC725 yang mempunyai keupayaan menjalankan operasi SAR pada waktu malam,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sandakan, di sini, sebentar tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.