Kiriman pada: Wed, Jan 13th, 2016

BR1M Memberi Impak Kepada Pertumbuhan Ekonomi Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

BRIMBantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah bantuan yang di salurkan terus kepada rakyat, ia bersifat eklusif yang menyasarkan gulungan berpendapatan rendah, malah bantuan tersebut tetap di teruskan walaupun negara terpaksa berhadapan dengan ketidak tentuan keadaan ekonomi global.

Ia satu bukti kerajaan kekal komitmen dalam membela hak dan kepentingan rakyat walaupun turut berhadapan dengan kritikan daripada sesetengah pihak namun BR1M masih merupakan bantuan yang wajar ketika rakyat berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

BR1M merupakan satu usaha terbaik kerajaan untuk membantu gulungan yang berpendapatan rendah mengimbangi peningkatan kos sara hidup yang menyumbang kebaikkan dengan cara tersendiri.

Ia bukan sekadar membantu mereka yang memerlukan tetapi juga menjana pasaran tempatan melalui perbelanjaan yang dibuat mereka untuk membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.

BR1M akan meningkatkan kuasa beli dalam kalangan mereka sekali gus permintaan domestik juga akan meningkat, biarpun ada pihak yang beranggapan bantuan itu bukanlah penyelesaian mutlak kepada kos sara hidup, namun ia sudah membuktikan satu kejayaan rasionalisasi subsidi kepada gulungan sasar.

Kos sara hidup yang tinggi ketika ini tidak dapat dielakkan bagi setiap negara termasuklah negara kita Malaysia yang kini dalam proses peralihan dari berstatus sederhana kepada negara maju menjelang tahun 2020, ia berikutan ketidak tentuan harga barang peringkat global disebabkan faktur cuaca, bekalan, krisis dunia, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat di negara ini.

Lantaran itu BR1M merupakan satu langkah inisiatif sementara bagi melindungi gulungan berpendapatan rendah dalam negara yang sedang melalui proses transformasi, Malaysia bukanlah negara pertama dalam melaksanakan pemberian seperti BR1M.

Negara seperti Singapura juga pernah memperkenalkan skim bantuan kewangan semasa cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan di negara itu, begitu juga dengan Taiwan yang memberikan setiap rakyatnya baucer belanja semasa krisis ekonomi 2008 bagi tujuan mesimulasikan ekonomi Taiwan.

Sehubungan dengan itu langkah memperkenalkan BR1M adalah bagi memastikan sebuah transformasi ekonomi yang lancar dan tidak membebankan demi memastikan pendapatan rakyat meningkat menjelang 2020.

Seperti yang ramai sedia maklum Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) 5.0 untuk tahun 2016 akan mula di bayar secara berperingkat bermula 28 Januari ini, mungkin bagi sesetengah orang memandang remeh kesunguhan kerajaan dalam melaksanakannya.

Bagaimanapun sebahagian insan lain melihat ia cukup bermanfaat kerana sedikit sebanyak bantuan kewangan ini dapat membantu meringankan beban kewangan mereka, bagi penerima yang layak menfaatkan setiap sen yang di beri sebaiknya, terutama dalam persekitaran ekonomi yang mencabar ketika ini.

Apa yang di harap daripada bantuan tunai itu ialah selain ia dapat meringankan beban dan dalam pada masa yang sama akan memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.