Kiriman pada: Mon, Jan 16th, 2017

BR1M- Rakyat Mula Merasakan Agihan Kekayaan Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

Dengan pengakuan bahawa pakatan pembangkang akan meneruskan pemberian BR1M seperti mana yang diucapkan sendiri oleh Mahathir membuktikan bahawa cakap-cakap Mahathir lewat hari ini tidak boleh diterima pakai, kerana kesemuanya mempunyai agenda yang tersembunyi.

Sebelum ini BR1M dari mulut orang yang sama telah mengklafisikasikan sebagai rasuah dan haram di sisi agama tetapi mungkin melihat ianya tiada sambutan dari rakyat dan penyokongnya sendiri maka ungkapan haram dan rasuah sudah ditarik semula dan seterusnya menghalalkan pemberian BR1M tersebut.

Dalam tidak sedar rupanya Mahathir mengakui bahawa tindakan kerajaan hari ini yang di ketuai oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak benar membawa kesan yang baik kepada seluruh rakyat dan bukan mereka yang terpilih sahaja seperti mana dimasa kepimpinan Mahathir dahulu.

Mahathir mengaku sendiri dihadapan penyokongnya bahawa pemberian BR1M oleh kerajaan adalah salah satu cara atau mekanisma untuk membantu rakyat dan mengujudkan satu pusingan ekonomi yang positif, oleh kerana itu Mahathir terpak menerima kenyataan baha BR1M adalah satu cara diantara beribu cara membantu rakyat jelata.

Oleh kerana terfikir akan kebaikkan BR1M ini maka Mahathir dan kuncu-kuncunya didalam pakatan tidak berani mengmum akan menghapuskan BR1M kerana ianya adalah berbentuk rasuah dan haram, malah didalam kalangan pemimpin kumpulan pembangkang sendiri tiada yang berani membuat kenyataan bahawa BR1M akan dihapuskan jika mereka memerintah.

Oleh kerana tiada sahutan dari pemimpin pembangkang maka mahu tidak mahu Mahathir terpaka membuat pengakuan bahawa BR1M akan diteruskan sekali gus memberi tahu bahawa BR1M pemberian kerajaan Barisan Nasional adalah halal dan bukan dalam bentuk kelompok rasuah atau jenayah suapan kepada rakyat.

Sebenarnya Mahathir bercakap kini mengunakan lidah sahaja dan tidak lagi mengunakan akal, mungkin faktor umur serta jiwa yang penuh dengan dendam kesumat yang tiada bersempadan, serta perasaan iri hati dengan kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh Dato’ Seri Najib.

Kecelaruan fikiran Mahathir sejak kebelakangan ini semakin kronik apabila dengan sesuka hati menjatuhkan hukuman halal-haram, temasuk dengan penilaian jemaah haji tajaan 1MDB serta tafsiran cukai GST yang dikatakan menindas rakyat tetapi didalam masa yang sama tidak pula kata akan menghapuskan sistem kutipan cukai GST.

Menuduh UMNO kini dipimpin oleh kumpulan gangstar, penyamun dan penyangak adalah tuduhan yang menampakkan bahawa Mahathir benar-benar terdesak dengan tekanan dari kroni dan anak-beranak yang kini mula tersepit dengan tindakan kerajaan yang menghalang kekayaan negara di monopoli oleh keluarga sesaorang atau kawan sesaorang.

Kerajaan hari ini mahukan semua rakyat mendapat dan merasa sedikti sebanyak hasil kekayaan negara, bukan lagi anak beranak atau kroni orang-orang tertentu, seperti mana di zaman pemerintahan Mahathir selama 22 tahun dimana kita biasa terdengar ungkapan “yang kaya bertambah kaya’ yang papa semakin kedana”.

Di era kepimpinan Dato Seri Najib ungkapan sedemikian kian terpadam, kerana rakyat hari ini sudah mula nampak dan merasa agihan kekayaan negara kepada mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.