Kiriman pada: Sun, Jan 15th, 2017

BR1M Tidak Haram Jika Mahathir Yang Beri

Kongsi maklumat ini
Tags

Benarlah kata rakan-rakan bahawa Mahathir kini adalah seorang tua yang fikirannya telah flip dan flop jadi usah dilayan sangat kerenah orang flip-flop ini kerana gangguan dan kecelaruan fikirannya semakin ketara dan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Kecelaruan fikiran dan tindakannya yang ternyata dan jelas dimata rakyat yang mahu menilai dan melihat ialah memberi penilaian hukuman haram dan menilaikan bahawa BR1M itu satu pemberian yang berbentuk rasuah, disini Mahathir cuba berlagak seperti Tuhan Dewata Raya yang membuat penentuan syurga-neraka.

Mungkin setelah di tempelak dan di perkatakan dengan pelbagai gelaran yang menjadi koleksi baru selain Maha Firaun dan Maha zalim, dengan tidak semena-mena semalam Mahathir menghalalkan pula pemberian BR1M, tidak kiralah dalam method mana yang beliau mahu gunakan tetapi telah menghalalkan BR1M.

Jelaslah Mahathir sudah merasakan dirinya sebagai tuhan yang boleh menghalal dan mengharamkan sesuatu tindakan dan perkara, benarlah kata guru-guru tua, apabila manusia menduduki tempat tertinggi disanjungan, mempunyai pengaruh dan pernah berkuasa maka mereka mula merasakan dirinya sama seperti tuhan sama seperti sejarah Firaun, maka tidak salahlah dahulu pengikut Anwar mengelarkan Mahathir sebagai Maha Firaun.

Di ketika ini pemberian BR1M yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang di terajui oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dikirakan sebagai tidak mustahak buat rakyat jelata, tetapi bila pembangkang menerajuii negara maka BR1M akan dikira sebagai mustahak dan boleh diberikan kepada rakyat.

Ini lah kehendak Dewata Raya Mahathir yang menghalalkan serta akan meneruskan BR1M jika mereka (pembangkang) berkuasa dan dapat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasonal dan Najib, malah Dewata Raya Mahathir juga memaklumkan bahawa BR1M akan dijadikan bantuan ‘statutory’ dan dimasukkan didalam belanjawan biasa.

Apa pun pusingan kata-kata Dewata Raya Mahathir ianya menjelaskan bahawa semua tindakan kerajaan Barisan Nasional adalah tidak baik, haram dan rasuah tetapi akan menjadi sebaliknya jika mereka yang mengambil alih kerajaan, kesemua yang haram, rasuah dan tidak baik akan menjadi halal, harus dan baik.

Termasuk berkemungkinan menghalalkan perhubungan sex sesama sejenis, liwat dan meniktiraf LGBT serta sebagainya yang diharamkan didalam Islam juga yang tidak direstui oleh agama lain.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.