Kiriman pada: Thu, Jan 22nd, 2015

Brahim’s Holdings Bhd Memeterai MoU Dengan SIA

Kongsi maklumat ini
Tags

brahim3Kuala Lumpur – Brahim’s Holdings Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Servair Investissements Aeroportuaire (SIA) untuk bekerjasama dan meningkatkan kerjasama industri dan komersil dalam perniagaan katering penerbangan.

SIA merupakan anak syarikat Servair, syarikat katering penerbangan terkemuka di Perancis dan menduduki tempat ketiga di dunia, yang juga anak syarikat Air France.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Brahim’s berkata matlamat MoU itu bagi memanfaatkan teras kecekapan pihak-pihak berkenaan dalam perniagaan katering penerbangan dan perkhidmatan lapangan terbang serta pertukaran peningkatan operasi dan proses teknikal.

Katanya langkah ini akan membolehkan Brahim’s meraih manfaat daripada menggunakan jenama ‘Servair’ dan SIA memanfaatkan kepakaran pensijilan halal pusat kecemerlangan halal Brahim’s.

MoU itu dijangka tidak akan mempunyai kesan ketara serta-merta ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, tahap kadar hutang, modal saham dan pemegangan pegangan saham utama Brahim’s bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015, katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.