Kiriman pada: Tue, Jul 21st, 2015

Buat Fitnah Sebab Cemburu BN

Kongsi maklumat ini
Tags

fjfxKUALA NERUS – Fitnah yang ditaburkan kepada pemimpin dan kerajaan BN ketika ini adalah atas sebab mereka cemburu dengan kejayaan BN memerintah Malaysia, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata, ada pihak luar termasuk mereka di dalam negara yang mahu melihat kegagalan kerajaan BN untuk membela nasib rakyat dan negara ini selain menjatuhkan kerajaan yang memerintah melalui beberapa tuduhan yang tidak berasas.

“Ada pihak yang tidak puas hati dengan kejayaan kita (BN) hari ini dan kalau boleh mereka mahu gagalkan usaha kita untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tajaan program haji 1Malaysia daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 70 penerima dari Terengganu hari ini di sini.

Razif berkata, suatu masa nanti segala tuduhan itu akan terungkai dengan adanya beberapa bukti yang menjelaskan bahawa apa yang dikatakan sebelum ini adalah satu fitnah semata-mata dan ia mempunyai agenda tersembunyi.

Berkenaan program haji 1Malaysia itu beliau berkata ia merupakan satu daripada program amal (CSR) yang dilaksanakan 1MDB khas untuk masyarakat Islam di negara ini.

Katanya sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, kira-kira 1,000 umat Islam yang terpilih telah berpeluang untuk menunaikan haji di Makkah setiap tahun.

“Kami berharap kuota penerima program ini dapat ditambah lagi pada masa hadapan khasnya dari Terengganu iaitu daripada 70 tahun ini kepada 200 orang tahun hadapan melalui tajaan daripada 1MDB dan kerajaan negeri,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.