Kiriman pada: Thu, Jul 16th, 2015

Buka kaunter zakat sehingga 2 pagi

Kongsi maklumat ini
Tags

zakat-fitrahKuala Terengganu: Kaunter zakat yang diuruskan amil yang dilantik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan dibuka sehingga jam 2 pagi esok bagi memberi peluang kepada orang ramai membayar zakat fitrah.
Tinjauan  kami di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini, mendapati orang ramai beratur panjang bagi membayar zakat fitrah yang difardukan pada Ramadan.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Omar Musa berkata, kaunter zakat di setiap masjid di Terengganu akan dilanjutkan waktu beroperasi sehingga jam 2 pagi esok bergantung kepada keperluan.
“Memang menjadi kebiasaan masyarakat di negeri ini menjelaskan zakat fitrah pada saat-saat akhir.
“Selain itu, penambahan bilangan pembayar zakat juga berlaku berikutan ramai perantau pulang ke negeri ini dan membayar zakat fitrah di sini.
“Jadi, operasi kaunter akan dilanjutkan untuk memudahkan orang ramai menunaikan tangunggjawab mereka,” katanya ketika dihubungi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.