Kiriman pada: Tue, Jul 29th, 2014

Buka Pintu Hati Kearah Perpaduan

Kongsi maklumat ini
Tags

perpaduanKuala Lumpur – Usaha mempertahankan perpaduan antara cabaran besar dihadapi negara pada masa ini. Apatah lagi bagi Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum adan agama. Jika tidak berhati hati semuanya akan musnah didalam sekelip mata, banyak negara telah mengalami pengalaman itu.

Sesunggunya perpaduan adalah asas kepada kunci kepada segala kejayaan yang di capai dan dinikmati oleh Malaysia sejak medeka lagi, saperti titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hubungan harmoni dikalangan rakyat Malaysia adalah pra syarat kepada kehidupan yang rukun damai, Untuk itu ia perlu terus di pelihara, di pupuk dan disuburkan.

Apabila bercakap mengenai perpaduan kita perlu berterima kasih kepada para pemimpin terdahulu yang berjaya meletakkan asas kukuh kearah itu, tolak ansur dikalangan mereka terbukti sahingga Malaysia di iktiraf sebagai negara contoh. Kini menjadi tanggungjawab semua pihak di Malaysia untuk mempertahankannya.

Diharapkan sempena sambutan Aidil Fitri kali ini usaha kearah itu akan lebih menyerlah tambahan pula pelbagai masalah dan rintangan terpaksa dihadapi negara sejak kebelakangan ini, antaranya ancaman dari segi keselamatan khusunya di pantai timur Sabah serta tragedi yang membabitkan pesawat MH370 dan MH17.

Tanpa perpaduan yang kukuh dikalangan rakyat Malaysia tentunya sukar bagi kita untuk menghadapi semua dugaan itu, namun kita bersyukur kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jelas menunjukkan kesatuan yang kukuh terutama dalam tragedi MH370 dan MH17, lebih membanggakan para pemimpin politik yang berbeza fahaman dan idiologi turut bersatu dan senada.

Buktinya perpaduan yang di tunjukkan oleh mereka dalam sidang khas parlimen baru baru ini berhubung tragedi MH17, saperti dikatakan seawal tadi perpaduan adalah asas kepada kejayaan dalam apa juga perkara, begitulah juga dalam isu MH17, dengan adanya perpaduan kukuh dikalangan pemimpin dan rakyat mudah untuk kita memperjuangkan isu itu di peringkat antarabangsa, termasuk mendapatkan pembelaan sewajarnya terhadap mangsa tragedi berkenaan.

Jadi bersama lah kita mengambil kesempatan pada sambutan Aidil Fitri untuk memperkukuh perpaduan, kunjung mengunjung dapat membantu kearah itu, saperti kata Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak kita bukan sahaja perlu membuka pintu rumah kepada tetamu malah membuka pintu hati untuk saling mengenali dan mempereratkan hubungan yang sedia terjalin.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.