Kiriman pada: Fri, Feb 26th, 2016

Buku ‘Najib Razak Kembara Politik – 40 Tahun’ dilancar

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB TUN RAZAKKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menghadiri majlis pelancaran buku ‘Najib Razak Kembara Politik – 40 tahun’ terbitan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di ruang legar Menara Dato Onn di sini. Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Keruak. Buku dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris itu menceritakan perjalanan politik Perdana Menteri pada usia seawal 23 tahun yang berdepan pelbagai cabaran, kegigihan, kesabaran serta kematangan diwarisi daripada semangat juang bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.