Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Buku ringkasan TPPA dilancar

Kongsi maklumat ini
Tags

KL10_110116_PELANCARANKUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) hari ini melancarkan buku ringkasan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), sebagai usaha kerajaan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai perjanjian perdagangan bebas berkenaan. Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata buku bertajuk “TPPA – Jawapan Kepada Kebimbangan, Salah Faham dan Tuduhan” setebal 81 muka surat itu bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai TPPA, selain memastikan rakyat mendapat maklumat yang jelas dan seimbang mengenai perjanjian itu. Beliau berkata, buku yang dibahagikan kepada empat bahagian itu menjelaskan keperluan TPPA kepada Malaysia, manfaat, kajian dan kebimbangan perjanjian berkenaan kepada negara. “Perkara ini penting bagi membolehkan orang ramai mengetahui perjanjian itu sebelum ia dibentangkan ke Parlimen pada hujung bulan ini,” katanya selepas merasmikan buku ringkasan itu di sini, sebentar tadi. Pelancaran buku itu juga sempena Taklimat dan Bengkel TPPA untuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang diadakan bagi memberi mereka lebih kefahaman mengenai perjanjian itu. Mustapa berkata, ketika ini, MITI juga giat mengadakan fasa kedua sesi penerangan TPPA di peringkat negeri yang membabitkan Perak, Terengganu, Pulau Pinang dan Johor yang mana ia disertai hampir 5000 penyertaan pelbagai golongan sasar. Beliau berkata, daripada sesi penerangan yang diadakan, pihaknya berpuashati dengan tahap kefahaman orang ramai mengenai TPPA dan berharap rakyat menyokong penyertaan Malaysia dalam perjanjian itu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.