Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

Bunuh Altantuya: Azilah mohon pengampunan Sultan Selangor

Kongsi maklumat ini
Tags

AZILAH HADRIKUALA LUMPUR: Bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri akan memohon pengampunan daripada Sultan Selangor berhubung sabitan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006. Difahamkan petisyen Pengampunan itu akan difailkan ke Lembaga Pengampunan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor. Sementara itu Portal berita Malaysian Insider melaporkan bahawa peguam Azilah Datuk Hazman Ahmad berkata petisyen itu akan difailkan hari ini. Hazman bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan petisyen itu berdasarkan kepada maklumat kerahsiaan peguam-anak guam. Peguam itu berkata salinan petisyen itu juga akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan Menteri Besar Selangor.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.