Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Cabaran Ekonomi Dan Politik Tak Jejaskan Keyakinan Pelabur

Kongsi maklumat ini
Tags

vnxf,mgKota Baharu – Cabaran politik dan ekonomi yang dihadapi sekarang tidak menjejas keyakinan pelabur di negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata walaupun pelaburan jangka pendek ada ‘turun naik’ namun pelaburan jangka sederhana dan panjang masih menggalakkan dengan keyakinan pelabur masih tinggi.

“Minggu depan saya akan buat pengumuman pelaburan yang kita terima dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dan angka-angka menunjukkan jumlah pelaburan yang diluluskan oleh pihak berkenaan berada pada tahap yang menggalakkan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan anggota Gabungan Persatuan-Persatuan Pemilik dan Pemandu Kereta Sewa Negeri Kelantan.

Mustapa berkata keamanan dan kestabilan politik merupakan faktor penting yang mendorong kepada keyakinan pelabur untuk melabur di negara ini dan Malaysia yang terkenal dengan negara yang aman dan makmur harus dipertahankan oleh semua pihak.

“Sama ada pelaburan dalam negeri atau luar negara, sebelum melabur, (pelabur) mereka perlu diyakinkan bahawa negara kita aman dan makmur, sehubungan itu kita menyeru kepada semua pihak di negara ini supaya memberi perhatian untuk memelihara kemanan dan kestabilan politik.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.