Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

Cabaran ini kecil sahaja bagi saya

Kongsi maklumat ini
Tags

MUKHRIZ MAHATHIR/MESYUARAT UMNO BAHAGIAN UMNO JERLUNALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyifatkan cabaran dihadapi ketika ini sebagai kecil dan yakin ada hikmah yang menanti. Justeru, beliau meminta rakyat Kedah yang menyokongnya untuk bersabar. Beliau turut menegaskan akan terus berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah selagi rakyat negeri ini mahukan beliau berbuat demikian. “Saya akan terus berkhidmat selagi rakyat mahukan saya…. saya harap semua bersabar dan percaya apa yang berlaku ini ada hikmah yang lebih besar. “Allah bersama kita selagi kita ikhlas bekerja…..terima kasih kepada semua,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan penyokong yang berhimpun di pekarangan Pejabat Perhubungan UMNO negeri di Bangunan Tunku, di sini. Terdahulu Mukhriz mempengerusikan mesyuarat tertutup, yang dihadiri beberapa pemimpin UMNO dari Bahagian Jerlun.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.