Kiriman pada: Sat, Feb 25th, 2017

Cabaran MyBAS Di Kawasan Pendalam Perlis

Kongsi maklumat ini
Tags

Bagi memastikan perkhidmatan bas henti-henti dilihat lebih tersusun bersesuaian dengan peranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mahu menaikkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara ini maka perkhidmatan MyBas telah diperkenalkan.

Hampir keseluruhan penduduk negeri di bahagian Semenanjung mendapat kemudahan perkhidmatan ini, namun terdapat juga negeri yang mengalami kurang sambutan terhadap perkhidmatan bas henti-henti dan tndakkan memberhentikan perkhidmatan tidak dapat di elakkan bagi mengelakkan kerugian.

Perlis diantara negeri yang terlibat dengan pemberhentikan perkhidmatan kerana dikatakan tiada sambutan dari penduduk, mungkin di negeri berkenaan selain bas berkemungkinan penduduk lebih mudah untuk bergerak dengan mengunakan morosikal kecil.

Datuk Sabry Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri memaklumkan bahawa langkah penamatan itu adalah bagi mengurangkan kerugian yang mana kurangnya sambutan penduduk sahingga ada laluan yang hanya dinaiki oleh 5 orang penumpang sahaja dalam sehari.

Beliau juga memaklumkan saingga kini kerajaan terpaksa menanggung kos kerugian operasi sahingga 95% menerusi pemberian subsidi.

Datuk Sabry juga berkata bahawa selain penamatan untuk laluan tertentu dengan mengujudkan laluan baru ianya tidak melibatkan penambahan perbatuan yang telah ditetapkan oleh SPAD selain cuba memenuhi permintaan untuk laluan memasuki Universiti Teknologi Mara (Uitm) Arau.

Walaubagaimana pun perkhidmatan MyBas tetap diteruskan bagi kawasan Arau bagi tujuan mengambil penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Komuter walaupun stesen Arau telah dipindahkan di luar Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Perkhidmatan bas henti-henti MyBas sudah hampir setahun dilancarkan di Perlis, ianya adalah projek perintis Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mentranformasi sistem pengangkutan awam di negara ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.