Kiriman pada: Wed, Jul 15th, 2015

Cabaran Pulang Ke Kampong bermula

Kongsi maklumat ini
Tags

jalan-jem-balik-kampungKemeriahan Aidilfitri semakin terasa apabila orang ramai mula menuju destinasi masing-masing. Tradisi “Balik Kampung” tetap penting di sebalik kenaikan kos sara hidup yang meresahkan terutama golongan berpendapatan rendah. Ikatan kekeluargaan mengatasi segalanya. Malah, perancangan atau persediaan untuk menyambut Aidilfitri di kampung halaman dibuat sejak awal Ramadan lagi.

Apabila bercakap soal persediaan dan perancangan ia meliputi segala perkara, Perancangan dan persediaan yang teratur akan memastikan hasil lebih baik. Begitulah juga dengan perancangan dan persediaan bagi pulang untuk berhari raya, Kita sedia maklum cabaran perjalanan pulang berhari raya bukan kepalang.

Setiap kali musim perayaan kita pasti menempuh kesesakkan, Ada yang terpaksa berada dijalan raya lebih 10 jam sebelum sampai ke destinasi yang di tuju. Oleh itu persediaan perlu dibuat bagi mengurangkan risiko termasuk kemalangan dan kerosakkan kenderaan.

Sebelum memulakan perjalanan kita perlu memastikan kenderaan berada didalam keadaan yang baik terutama bagi menempun perjalanan yang mencabar. Bukan hanya kenderaan tetapi pemandu juga perlu mempunyai rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

Tanpa rehat yang cukup atau berada didalam kepenatan kita akan terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan. Buktinya semasa sambutan Aidil Fitri tahun lalu apabila kenderaan terbabas sendiri adalah punca berlaku kemalangan maut.

55 kes di catat dengan 41 membabitkan kemalangan maut menyebabkan 88 kematian. Semasa di jalan raya kita perlu menjadi pemandu yang berhemah dan tidak pentingkan diri. Sikap bertolak ansur penting bagi memastikan kelancaran perjalanan, Juga kita harus sedar jalanraya bukan tempat untuk berlumba atau tempat menguji kelebihan kenderaan yang di pandu.

Antara sikap buruk di kalangan pemandu kenderaan semasa kesesakan ialah mengunakan laluan kecemasan untuk cepat sampai ke destinasi masing masing, Tanpa kita sedar perbuatan itu boleh menjejaskan keselamatan. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu akan menyukarkan tugas anggota keselamatan dan penyelamat saperti polis dan bomba sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan.

Pemandu seumpama itu adalah gulungan yang pentingkan diri sendiri dan tidak menghormati orang lain, Sesuangguhnya kita perlu mematuhi segala peraturan dan arahan. Bagi pihak berkuasa pula OP Selamat 7 di lancarkan selama 15 hari bermula 10 Julai lalu.

Antara matlamatnya ialan untuk meminimumkan kemalangan jalan raya ketika sambutan musim perayaan dan PDRM bertegas tidak akan melayan sebarang rayuan bagi saman yang di keluarkan sepanjang OP Selamat 7. Mereka yang bersalah perlu membayar kompaun 300 ringgit.

Kita mengharapkan semua pihak memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran perjalanan balik kampong bagi Aidil Fitri tahun ini, jika kita berhemah pasti risiko berlaku kemalangan apa tah lagi kemalangan maut dapat di hindarkan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.