Kiriman pada: Tue, Jul 21st, 2015

Cadangan Labur Di Indonesia Untuk Perluas Ladang Felda

Kongsi maklumat ini
Tags

zdfhdjdPort Dickson – Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata cadangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk melabur di Indonesia bertujuan memperluas sektor perladangannya.

Ini kerana kata beliau, Felda menghadapi kekangan untuk menambah keluasan ladang di negara ini disebabkan ketiadaan tanah sesuai.

“Oleh itu, kita beralih ke Indonesia kerana kedudukan negara tersebut paling hampir dengan negara ini. Lagipun kita memang sudah mempunyai ladang di Kalimantan,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau.

Beliau diminta mengulas rancangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membeli tanah seluas 420,000 hektar daripada PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia bagi tujuan itu.

Mohd Isa berkata selain tanaman sawit, tanah tersebut juga sesuai untuk tanaman tebu dan boleh menampung keperluan kilang gula milik MSM Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat FGV.

Ini kerana katanya pada masa ini Felda belum memiliki ladang tebu.

“Ini antara faktor yang FGV lihat untuk pelaburan di Indonesia itu. Kita juga berharap dengan penglibatan kita dengan EHP ini kita dapat memasuki pasaran Indonesia yang besar bagi memasarkan pelbagai produk Felda termasuk minyak masak dan sebagainya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.