Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

Cadangan Sidang Parlimen Tergempar

Kongsi maklumat ini
Tags

Azalina OthmanKuala lumpur – Dato’Sri Azalina Othman Said hari ini menyatakan sokongan terhadap ucapan YAB Perdana Menteri dan mencadangkan untuk diadakan Sidang Parlimen Tergempar bagi dibuat pindaan secepat mungkin terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 serta semua Undang-Undang yang berkaitan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Azalina yang baru ini di lantik mengangotai kabinet baru pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri di Hulu Selangor semasa merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Hulu Selangor hari ini.

“Pindaan-pindaan ini perlu dilaksanakan kerana pembohongan-pembohongan yang berlaku merancuni pemikiran rakyat sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada Kerajaan seperti yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri” kata Dato’ Seri Azalina.

“Tambahan pula, sejak kebelakangan ini media sosial telah dijadikan medan untuk menyalahgunakan kebebasan bersuara yang bertentangan dengan prinsip demokrasi”.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.