Kiriman pada: Tue, Dec 8th, 2015

Cadangan tempoh 2 penggal jawatan Presiden UMNO terlalu singkat

Kongsi maklumat ini
Tags

Khairy-Jamaluddin1KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menghadkan tempoh jawatan Presiden UMNO kepada dua penggal adalah terlalu singkat, kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.

“Ia terlalu singkat. Kalau satu penggal tiga tahun, dua penggal hanyalah enam tahun.

“Tiada masa yang cukup untuk menjalankan polisi yang diperlukan,” kata Khairy Jamaluddin.

Beliau diminta mengulas cadangan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa had tempoh memegang jawatan Presiden patut dihadkan kepada hanya dua penggal.

Tambah beliau, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan tetapi satu tempoh yang lebih lama perlu diberi kepada sesiapa yang menjadi Presiden.

Beliau ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama perwakilan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Muhyiddin dalam ucapannya pada satu majlis di Kampung Baru pada Isnin malam mencadangkan UMNO mengehadkan tempoh jawatan presiden parti itu kepada dua penggal.
Khairy, bagaimanapun, menegaskan bahawa tempoh memegang jawatan utama itu boleh dibincangkan supaya lebih munasabah bagi membolehkan Presiden UMNO melunaskan pelbagai perancangan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.