Kiriman pada: Mon, Mar 9th, 2015

Cadangan usia bersara kepada 62 tahun hanya GIMIK

Kongsi maklumat ini
Tags

ALi_Hamsa_AUDIT_121114_TMIAFIF_001KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk menyambung umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan usia persaraan masa kini sudah memadai, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan belum memulakan perbincangan untuk menaikkan umur persaraan kerana “kita baharu sahaja buat semakan mengenai umur persaraan.”

“Bagilah masa bagi kita melalui proses umur persaraan 60 tahun dahulu,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Asean-Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) Centres of Government di sini hari ini.

Mesyuarat itu bersempena Asean-OECD GRP Practices Conference 2015 yang bermula esok hingga Khamis. Ia akan dihadiri Ketua-ketua Pejabat Perdana Menteri, Setiausaha-setiausaha Kabinet dan Ketua-ketua Setiausaha Kerajaan Negara Anggota ASEAN.
Ali berkata pada masa sekarang kerajaan akan mengekalkan umur persaraan semasa iaitu 60 tahun.

Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang cadangan berhubung perkara itu, Ali berkata beliau hanya mengetahuinya melalui media.

Sabtu lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengemukakan cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, ia berikutan negara maju seperti Singapura, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat melanjutkan umur persaraan kakitangan awam kepada 65 tahun.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.