Kiriman pada: Mon, Dec 21st, 2015

Cadangan Wujudkan Mara Digital Mall Di Anggerik Mall Sedang Dibincangkan

Kongsi maklumat ini
Tags

SG02_211215_ANGGERIK_MALLShah Alam – Cadangan untuk mewujudkan Mara Digital Mall di pusat membeli-belah Anggerik Mall masih dalam peringkat perbincangan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia berikutan pusat beli-belah itu mempunyai keluasan yang agak terhad untuk menempatkan ruang jualan gajet dan telefon bimbit.

“Kita (kementerian) masih berbincang (dengan pihak pengurusan Anggerik Mall) untuk menyediakan pusat jualan gajet dan telefon bimbit di sini kerana kita lihat pusat IT (teknologi maklumat) mampu menarik pengunjung terutamanya golongan muda untuk berkunjung.

“Bagaimanapun, ruang Anggerik Mall ini agak kecil…mungkin kita hanya boleh menempatkan 10 hingga 15 kiosk di lobi Mall ini,” katanya selepas mengadakan lawatan ke pusat membeli-belah itu.

Baru-baru ini, Ismail Sabri berkata Mara Digital Mall yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara akan diperluaskan ke setiap ibu negeri seluruh negara bermula tahun depan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.