Kiriman pada: Tue, Mar 31st, 2015

CBP Tidak Akan Beri Impak Besar Kepada Sektor Perbankan Dan Kewangan

Kongsi maklumat ini
Tags

gstPutrajaya – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) tidak akan memberi impak yang besar kepada sektor perbankan dan kewangan, kata Penolong Pengarah Kanan Kastam (Kewangan dan Perbankan) Rozila Saad.

Cukai baharu itu hanya dikenakan ke atas fi dalam setiap transaksi perbankan dan bukan pada jumlah urusniaga dan kebanyakan bank dan syarikat kewangan sudah bersedia untuk melaksanakan CBP.

“Impak terhadap sektor ini agak rendah sebab kebanyakan aktiviti yang dilakukan (dalam sektor perbankan dan kewangan) dikecualikan (CBP) kecuali aktiviti berasaskan fi sahaja,” katanya pada taklimat media menjelang pelaksanaan CBP.

Sebanyak 12 aktiviti di bawah sektor perbankan dan kewangan terkecuali daripada pelaksanaan CBP termasuk operasi akaun dan pinjaman.

Bagaimanapun, katanya urusan transaksi antara bank akan dikenakan CBP.

Pelaburan, pegangan ke atas bon atau instrumen kewangan turut dikecualikan daripada CBP manakala perkhidmatan MEPS, CBP hanya akan dikenakan ke atas caj transaksi.

Transaksi kad kredit dan kad debit juga tidak akan dikenakan CBP kecuali yuran tahunan kad kredit yang akan dikenakan cukai baharu tersebut.

Beliau berkata insurans nyawa dikecualikan daripada CBP manakala insurans am akan dikenakan cukai tersebut.

CBP tidak akan dikenakan ke atas cukai jalan, katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.