Kiriman pada: Mon, Apr 13th, 2015

Celcom perkenal khidmat kirim wang

Kongsi maklumat ini
Tags

CELCOM AXIATAKUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd kini memberi peluang kepada pelanggannya untuk memanfaatkan telefon bimbit mereka bagi tujuan kiriman wang menerusi perkhidmatan dikenali sebagai Doowit. Syarikat telekomunikasi itu, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan ia antara lain membolehkan khidmat kiriman wang secara pantas, selamat dan mudah menggunakan telefon bimbit dari pelbagai lokasi serta pada bila-bila masa. Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata pelanggan tidak seharusnya ragu-ragu kerana perkhidmatan kewangan itu selamat digunakan mereka, khususnya pekerja asing yang berdepan kekangan masa dan waktu kerja yang tidak menentu.

“Menerusi Doowit, pelanggan dapat mengelak prosedur kaedah konvensional di kaunter seperti perlu beratur panjang berjam-jam lamanya. “Perkhidmatan baharu ini kini disediakan di 46 premis terpilih Blue Cube di seluruh negara dan akan turut ditawarkan secara berperingkat-peringkat menerusi saluran Celcom Xclusive Partners,” katanya. Zalman berkata, untuk menggunakan perkhidmatan itu, pelanggan perlu mendaftar menerusi telefon bimbit mereka. “Pengirim dan penerima wang kiriman itu akan menerima makluman sistem pesanan ringkas (SMS) sebaik transaksi mereka selesai,” katanya. Doowit turut menawarkan kadar tukaran wang serba kompetitif serta caj kiriman wang yang minimum iaitu serendah RM7.50 dan tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.