Kiriman pada: Wed, Nov 25th, 2015

CGN Tidak Tolak Kemungkinan Senaraikan Edra

Kongsi maklumat ini
Tags

bndgjKuala Lumpur – China General Nuclear Power Corporation (CGN) yang berjaya dalam bidaan bagi pembelian Edra Global Energy Bhd, iaitu sayap tenaga 1Malaysia Development, tidak menolak kemungkinan bagi penyenaraian syarikat itu.

CGN juga turut mengalu-alukan mana-mana pelabur Malaysia yang berminat.

Menurutnya, transaksi nilai keseluruhan aset adalah kira-kira RM17 bilion dan CGN berhasrat meningkatkan lagi modal Edra bagi menjayakan dua projek utama tenaga di Melaka dan Kedah.

Ia juga membolehkan Edra meneruskan peluang pengembangannya di Mesir, Bangladesh serta di lokasi lain.

Menurut Pengerusi CGN, He Yu , jumlah aset syarikat itu bernilai lebih US$65 bilion, termasuk beberapa anak syarikatnya yang kini tersenarai di Bursa Saham Hong Kong.

Syarikat itu turut melabur dalam pelbagai projek tenaga di China, Korea Selatan, Australia, United Kingdom dan Perancis.

Sejajar amalan biasa proses integrasi pasca pengambilalihan, CGN akan mengekalkan kesemua tenaga pengurusan kanan serta kakitangan syarikat berkenaan.

Malah, katanya, CGN turut menggalakkan barisan pengurusan dan kakitangan tempatan untuk terus mengendalikan Edra.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.