Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

CIMB Group Jangka Prospek Kewangan Mencabar

Kongsi maklumat ini
Tags

fhadKuala Lumpur – CIMB Group menjangkakan prospek kewangan mencabar bagi 6 bulan pertama tahun ini berikutan situasi ekonomi semasa yang tidak menentu.

Ketua Pengarah Urusannya, Tengku Datuk Sri Zafrul Azizi berkata, kumpulan itu juga menyasarkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 hingga 4.8 peratus bagi industri perbankan tahun ini.

Katanya, sasaran tersebut masih memberangsangkan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Cabaran Saham Asean 2015 anjuran CIMB.

3 orang pelajar dari Nanyang Technological University, Singapura muncul juara dan memenangi wang tunai 12 ribu dolar Amerika serta lawatan ke Bursa Saham London.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.