Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

Cuepacs Sokong Rombakan Kabinet Mantapkan Pentadbiran Kerajaan

Kongsi maklumat ini
Tags

fdjdfKuala Lumpur – Cuepacs mengalu-alukan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ke arah memantapkan lagi pentadbiran kerajaan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata: “Apa yang dibuat oleh Perdana Menteri, saya ingat ia ke arah kebaikan bukan untuk menyisihkan sesiapa, tetapi hendak memantapkan pentadbiran kerajaan dan Cuepacs daripada dahulu lagi tetap teguh bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri”.

“Cuepacs telah tegaskan bahawa kami menyokong apa jua perancangan, apa jua dasar, apa jua tindakan yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri,” katanya.

“Pada pendapat kami, rombakan ini ataupun penyusunan ini perlu dibuat enam atau tujuh bulan dahulu, bukan sekarang…dan kalau kerajaan tidak stabil, macam mana keadaan kami penjawat awam ini?” katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Cuepacs.

Azih berkata Cuepacs yakin barisan kabinet baharu yang dibentuk oleh Perdana Menteri semalam akan lebih bekerjasama, lebih erat, berpadu dalam satu wadah dan matlamat untuk menjadi kerajaan yang lebih kukuh.

Beliau yakin tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri bertujuan untuk memastikan bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.