Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

Cukai GST – Di Antara Kehendak Dan Keperluan

Kongsi maklumat ini
Tags

bajet-terbaik-2014-keperluan-kehendakKuala Lumpur – Kurang semingu sahaja lagi cukai barangan dan perkhidmamtan (GST) akan di laksanakan ia itu pada 1 April ini, Sebut sahaja GST ianya satu yang menakutkan seolah olah penguatkuasaannya kelak akan menjadi satu beban besar terhadap kos sara hidup rakyat.

Spekulasi dan polimik mengenainya di timbulkan oleh pihak tertentu yang tidak senang dengan sistem percukaian baru itu sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai yang khuatir GST akan menyebabkan penguna terpaksa membayar lebih untuk semua jenis barang dan perkhidmatan.

Seharusnya penjelasan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sebelum ini di beri perhatian, menurut Perdana Menteri, kajian mendalam dan konprehasif telah di jalankan bagi memastikan GST tidak menjejaskan kehidupan rakyat, Penduduk berpendapatan rendah hanya membayar minimum, ini kerana mereka hanya mengunakan barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja saperti makanan, pengangkutan dan pendidikan.

Cukai cuma di kenakan terhadap mereka yang mampu berbelanja, Gulungan yang berada mengunakan lebih banyak perkhidmatan dan barangan maka merekalah yang paling banyak di kenakan GST, bukan gulungan berpendapatan rendah. Perlu di fahami kerajaan amat berhati hati dalam melaksanakan GST.

Sudah diputuskan, Tiada GST bagi barangan dan perkhidmatan tertentu, ia termasuklah makanan asas, turut tidak di kenakan GST bekalan air dan 200 unit pertama bill eletrik sebulan bagi pengguna domestik, juga perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan termasuk pasport dan lesen, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

Khidmat pengangkutan turut di kecualikan dari GST, termasuk keretapi, bas, teksi dan tol lebuh raya. Untuk itu GST wajar di lihat dalam ruang lingkup yang lebih luas, Keberkesanannya terbukti apabila 160 negara melaksanakan sistem percukaian itu, Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dalam usaha mempertingkatkan sumber pendapatan negara.

Kerajaan di jangka mampu mengutip hasil sebanyak 27 billion ringgit setahun melalui GST berbanding antara 16 billion hingga 18 billion ringgit di bawah cukai perkhidmatan dan jualan ketika ini. GST menjadikan pengutan cukai lebih cekap. Semua hasil pendapatan akan di kemaskini dan di rekodkan pihak berkuasa.

Unsur karenah birokrasi, penyelewengan dan ketirisan serta monopoli keterlaluan juga dapat di banteras. Ia sekali gus dapat merangsang ekonomi negara malah secara tidak lansung dapat mendorong rakyat agar sentiasa merangcang dan mengawal perbelanjaan harian.

Jika kita tidak mahu membayar lebih GST perbelanjaan perlu di hadkan untuk yang perlu sahaja ini kerana dengan lebih banyak perbelanjaan atau pembelian bererti lebih banyak GST di kenakan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.