Kiriman pada: Sun, Feb 14th, 2016

Dadah- Jangan Sudah Terantuk Baru Terngadah

Kongsi maklumat ini
Tags

610x22 ribu penangih dadah, seramai itu jumlah penaih yang direkodkan di negara kita sepanjang tahun lepas, ia mencatatkan peningkatan sebanyak 2 ribu penangih berbanding tahun 2014.

Daripada jumlah tersebut 60% atau 13,200 orang adalah penagih baru, selebihnya adalah penagih berulang, Statistik yang di keluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu mungkin tidak mengambarkan jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia.

Ini kerana ia hanya meliputi penagih yang berada didalam rekod AADK, rialitinya jumlah yang tidak di rekodkan lebih ramai, terutama didalam kalangan pelajar sekolah.

Amat menggerunkan jika kita melihat jumlah penagih dadah baru tahun lepas 13,200 penagih baru dalam setahun bermakna dalam tempoh sebulan purata penagih baru adalah sebanyak 1,100 orang atau 37 orang sehari.

Menurut Ketua Pengarah AADK, Datuk Suhaimi Abdullah, penagih baru adalah dalam kelangan remaja berusia 15 tahun ke atas, penglibatan mereka berpunca dari masaalah keluarga, persekitaran dan bekalan dadah yang mudah di dapati, selain perasaan ingin tahu, mencuba menguji ketahanan diri atau terpengaruh dengan rakan sebaya.

Tidak dinafikan remaja amat cenderung untuk berjinak-jinak dengan benda baru selain di tambah dengan masalah keluarga menjadikan mereka mudah terpengaruh dengan hasutan demi hasutan kononnya dengan mengambil dadah dapat mengurangkan tekanan perasaan yang mereka alami.

Ada juga yang mengambil dadah dengan alasan sekadar suka-suka tetapi lama kelamaan menjadi ketagih.

Hakikatnya masalah penagihan dadah bukan satu isu baru ia merupakan isu global yang membelengu seluruh dunia tidak terkecuali Malaysia, negara kita berdepan dengan masalah sosial ini sejak berpuluh tahun lalu, bezanya sekarang dadah yang disediakan dalam pelbagai bentuk, murah dan mudah di dapati.

Ia dijual secara berleluasa di kelab-kelab malam sahinggalah di dalam talian, bukan tiada usaha dalam membeteras ketagihan dadah ini, sudah banyak kempen untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya dadah.

Namun ia masih belum dapat membenteras gejala tidak sihat itu sepenuhnya, malah jumlah penagih saban tahun terus meningkat, dimana silapnya?.

Sesungguhnya usaha memerangi najis dadah tidak hanya terletak dibahu pihak berkuasa, sebagai masyarakat prihatin kita juga harus bersama-sama memainkan peranan, awasi anak-anak kita, ambil tahu dengan siapa mereka berkawan serta apa aktiviti seharian mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.