Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

Daerah MELAKA Tengah Mula Dilanda Banjir

Kongsi maklumat ini
Tags

nrsjMelaka – Daerah Melaka Tengah mula dilanda banjir dengan dua pusat pemindahan dibuka malam tadi menempatkan 278 mangsa daripada 65 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Jabatan Pertahanan Awam Melaka dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, 190 mangsa daripada 46 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Krubong manakala 88 daripada 19 keluarga di Balai Raya Tanah Merah Krubong.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di sekitar Alor Gajah berkurangan kepada 323 orang melibatkan 77 keluarga setakat 8 pagi berbanding 559 orang melibatkan 130 keluarga pada 9 malam tadi.

Mereka ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu 247 orang di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Balai Raya Kampung Beringin (35), Dewan Masjid Ar Rasidin (23), Balai Raya Kampung Panchor (10) dan Balai Raya Kampung Bukit Balai (lapan).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.