Kiriman pada: Thu, Jul 9th, 2015

Dagangan Dua Hala Malaysia-OIC Akan Meningkat 10 Peratus

Kongsi maklumat ini
Tags

sghjfgjsKuala Lumpur – Perdagangan dua hala di antara Malaysia dan negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dijangka meningkat antara lima hingga 10 peratus pada 2015 berbanding US$45.81 bilion pada 2014, kata Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, kedua-dua pihak mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki di segi produk dan perkhidmatan bagi membolehkan mereka meneroka pasaran baharu.

“Kami ingin menggalak lebih banyak syarikat Malaysia memasuki negara OIC, terutama negara Majis Kerjasama Teluk dan Afrika, kerana kita perlu mempelbagai eksport dalam persekitaran ekonomi semasa,” katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa MATRADE dengan wakil kedutaan negara-negara Islam.

Antara Januari dan Mei lepas, dagangan Malaysia dengan negara OIC bernilai US$15.55 bilion, jatuh 19.7 peratus berbanding US$19.37 bilion dalam tempoh yang sama pada 2014.

Eksport ke negara OIC untuk lima bulan pertama 2015 berjumlah US$8.20 bilion, turun 20.5 peratus berbanding US$10.33 bilion pada 2014.

Sementara itu, import dari negara OIC di antara Januari dan Mei 2015 bernilai US$7.35 bilion, susut 18.8 peratus berbanding 2014.

Negara rakan dagangan utama Malaysia dalam OIC di antara Januari dan Mei ialah Indonesia (US$6.54 bilion), Emiriyah Arab Bersatu (US$2.53 bilion) dan Arab Saudi (US$1.17 bilion).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.