Kiriman pada: Fri, Jan 27th, 2017

Dakwaan Kerugian Pertukaran Wang Asing Serius

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Kabinet akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Bank Negara Malaysia berhubung pendedahan kerugian AS$10 bilion dalam transaksi pertukaran asing (forex) pada 1990-an seperti didakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan memandang serius dakwaan itu kerana ia membabitkan jumlah kerugian yang besar.

Kabinet akan memutuskan tindakan sesuai selepas mendapat maklumat itu.

“Saya akan mendapatkan pandangan dan ulasan Bank Negara terlebih dulu, ” katanya kepada media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang menyiarkan pendedahan Abdul Murad, mendakwa Bank Negara pernah rugi AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan bank pusat itu.

Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya merekodkan kerugian sebanyak RM9 bilion.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.