Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

Dakwaan Muhyiddin wang 1MDB masuk ke akaun Najib tidak betul

Kongsi maklumat ini
Tags

muhyiddinKUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menafikan Datuk Seri Najib memindahkan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya seperti yang tersebar dalam sebuah video

Ahmad menegaskan perkara tersebut sudah dijelaskan perdana menteri dan beliau juga menafikan menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.

“Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), pada Rabu.

Jelas beliau, perkara itu sudah pun diperjelaskan Perdana Menteri dan beliau menafikan telah menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik Malaysiakini menunjukkan, Muhyiddin sedang berbual dengan beberapa tetamu antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu.

Dalam perbualan mereka itu, Muhyiddin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.