Kiriman pada: Sat, Jul 4th, 2015

Dakwaan Palsu Adalah Sabotaj Politik Untuk Jatuhkan Saya Sebagai PM

Kongsi maklumat ini
Tags

najib-sh-orKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa dakwaan palsu terhadapnya merupakan sebahagian daripada kempen politik bersepadu untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

Datuk Seri Najib menegaskan beliau tidak pernah mengambil dana syarikat berkaitan kerajaan atau mana-mana entiti untuk kepentingan peribadi.

“Saya ingin menyatakan secara jelas: Saya tidak pernah ambil dana untuk kepentingan peribadi seperti didakwa oleh musuh-musuh politik saya – sama ada daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti disahkan sendiri oleh syarikat-syarikat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sejak beberapa bulan kebelakangan ini, wujud pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan keluarganya – kesemuanya tidak berasas dan hanya keterlaluan.

Beliau percaya (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) bersekongkol dengan warga asing termasuk serangan politik oleh blog Sarawak Report di sebalik pembohongan terbaru ini.

Datuk Seri Najib berkata serangan bermula apabila beliau enggan melaksanakan permintaan peribadi Dr Mahathir, dengan mempercayai bahawa ia bukan tepat untuk Malaysia ditadbir oleh proksi.

Katanya Dr Mahathir kemudian mencipta krisis apabila secara melulu mendakwa RM42 bilion telah hilang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sedangkan jumlah itu telah diaudit sebagai hutang serta disokong dengan aset audit berjumlah RM51 bilion.

Datuk Seri Najib seterusnya berkata pada mana-mana keadaan pun mereka yang membuat tuduhan-tuduhan ini memberikan sebarang bukti.

“Apa yang kita dengar bahawa tuduhan-tuduhan ini berdasarkan dokumen yang dibocorkan dan penyiasat yang tidak dinamakan. Bukan sekali sumber dokumen-dokumen ini pernah didedahkan, atau dokumen-dokumen berkenaan telah disediakan untuk pengesahan oleh pihak berkuasa yang sah,” katanya.

Buat masa ini, adalah diketahui bahawa beberapa dokumen yang menyatakan dakwaan-dakwaan terbaru ini berdasarkan dokumen-dokumen yang dilaporkan dipalsukan.

Perdana Menteri berkata orang yang membocorkan dokumen-dokumen tersebut sedang disiasat oleh pihak berkuasa luar negara kerana cubaan memeras ugut bekas majikannya.

“Ini banyak mengatakan tentang kebolehpercayaan dokumen-dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk merosakkan kerajaan kita dan negara kita,” katanya.

Beliau berkata mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia menghadapi akibat daripada tindakan mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.