Kiriman pada: Fri, Jan 8th, 2016

Dakwaan Pengilang Tetapkan Potongan Padi Di Siasat

Kongsi maklumat ini
Tags

ahmad shabery1Putrajaya – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan petani di Sabak Bernam, Selangor bahawa terdapat pakatan dalam kalangan pengilang di negeri itu menetapkan kadar pemotongan pemutuan padi sebanyak 20 peratus.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian tidak pernah mengeluarkan arahan supaya pembeli padi melakukan penyeragaman itu sehingga menyebabkan penurunan pendapatan hampir 1,000 petani di kawasan itu.

“Kementerian akan lihat secara terperinci apa yang berlaku di Selangor. Sepatutnya potongan adalah mengikut kualiti padi yang dihasilkan, tetapi jika ada keseragaman (dalam kalangan pengilang), itu bukan pemutuan sebenar,” katanya beliau.

Terdahulu, beliau menerima notis bantahan berhubung perkara itu daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, yang mewakili kumpulan petani berkenaan, di pejabatnya di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 mengumumkan Pemutuan Sebenar Padi adalah berasaskan penyeragaman harga pada paras RM1,200 bagi setiap tan metrik, selain peningkatan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dari RM248.10 kepada RM300 bagi setiap tan metrik.

Ahmad Shabery berkata pesawah di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan mencatatkan peningkatan pendapatan antara RM11.66 hingga RM37 bagi setiap tan metrik selepas mekanisme itu dilaksanakan.

“Kecuali di Selangor. Mengikut perkiraan, pengurangan pendapatan purata petani di Selangor adalah RM0.44 bagi setiap tan metrik, tetapi menurut petani di Sabak Bernam, terdapat pengurangan RM1.92.

“Jadi, adalah agak ganjil apabila petani di Selangor mengalami penurunan pendapatan sedangkan selama ini, sememangnya diketahui mereka diletakkan sebagai penanda aras dari segi disiplin dan kualiti padi yang dikeluarkan,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.