Kiriman pada: Sun, Aug 9th, 2015

Dana Politik: Saya Hanya Ikut Amalan Selaku Presiden Parti

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAKJohor Baharu – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerimaan dana politik merupakan amalan dalam parti dan selaku Presiden UMNO, beliau hanya meneruskan amalan tersebut.

Beliau berkata usaha untuk mencari dana bagi keperluan parti dan masyarakat merupakan sebahagian daripada tugas presiden dan ia tidak pernah dipertikai mana-mana pihak sebelum ini.

“Sewaktu menjadi timbalan presiden, saya tidak pernah persoal mengenai dana parti, itu kerja presiden.

“(Perkara itu) juga berlaku pada zaman Tun (Dr Mahathir Mohamad)…saya hanya meneruskan amalan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Menyifatkan bukan mudah untuk menjadi presiden, Datuk Seri Najib berkata beliau perlu berusaha keras untuk mencari dana bagi parti namun pada masa sama memastikan ia tidak bertentangan dengan undang-undang.

“(Bila jadi presiden) ramai yang minta…jentera tak boleh gerak sebab duit tak turun, menteri besar pun boleh minta dari saya…tapi saya nak minta dengan siapa…sebab itu saya kena usaha.

“Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dah kata apa yang saya terima bukan dari 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dan bukan rasuah, tetapi untuk sumbangan kepada parti dan tanggungjawab sosial korporat (CSR)…bukan untuk kepentingan saya sendiri,” katanya

Beliau sekali lagi menempelak pembangkang yang menolak cadangan untuk mengumumkan sumber dana politik seperti yang disarankan beliau empat tahun lepas.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.