Kiriman pada: Wed, Mar 18th, 2015

DAP di Gesa Hormati Pas Bentang Hudud

Kongsi maklumat ini
Tags

IMG_9723.storyimageSHAH ALAM – Pas minta semua pihak termasuk DAP menghormati keputusan parti itu untuk membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan ke arah melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembentangan pindaan enakmen ini adalah sebahagian proses demokrasi seperti yang diamalkan sejak sekian lama di negara ini.

“Ia bukanlah perkara baru dan merupakan sebahagian daripada perjuangan Pas,” katanya.

Beliau berkata, Pas tidak pernah memaksa DAP untuk menyokong pindaan enakmen itu tetapi berharap DAP dapat menghormati apa yang telah diputuskan oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Ini kerana, katanya, enakmen jenayah ini hanya melibatkan orang Islam dan DAP tidak wajar untuk melatah dalam hal ini.

“Sepertimana Pas boleh berlapang dada terhadap hal prinsip dan dasar perjuangan DAP, maka sebegitulah yang sepatutnya dipraktikkan oleh DAP kepada Pas,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu Kerajaan Perpaduan sekalipun jika ada Adun daripada Umno menyokong pindaan enakmen itu.

“Politik yang matang adalah meletakkan kepentingan rakyat di hadapan bukannya sempadan politik kepartian yang tidak berkesudahan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.